6 Tips Solekan Mata Menggoda 2017 yang Mesti Anda Cuba

6 Tips Solekan Mata Menggoda 2017 yang Mesti Anda Cuba

Perlukan tips solekan mata menggoda terkini? Mesti kadang-kadang anda runsing memikirkan apakah solekan mata yang mampu menggoda si dia ketika temu janji nanti. Persoalan ini memang menghantui si gadis yang dilamun cinta.

Kali ini, kami ingin kongsikan 6 Tips Solekan Mata Menggoda yang boleh anda cuba untuk memikat hati si dia.

6 Tips Solekan Mata Menggoda

Tumpukan pada solekan mata yang menikam untuk pertemuan sama si dia malam nanti. Biarkan setiap renungan menembusi terus ke lubuk jantungnya.

TIPS 1

Persiapkan asas sekeliling mata dengan sapuan penyamar cela di bawah mata untuk menyeragamkan tona kulit di sekitarnya. Sapukan primer pada dasar kelopak mata untuk mencantikkan warna pembayang mata nanti dan kesan yang tahan lama.

TIPS 2

Pilihlah warna pembayang mata yang pekat dan mewah untuk pertemuan malam bagi membundarkan lagi matamu itu. Sapukannya mengikut tiga tona warna cerah membawa ke warna lebih gelap atau aplikasi teknik solekan mata berkabut.

TIPS 3

Suntikkan seri riasan kelopak mata dengan tekstur shimmer berkilat pada akhir solekan pembayang mata. Sepuhkan di hujung sudut dalam mata dan separuh garis mata bawah. Ini akan memberikan suis bercahaya kepada matamu.

TIPS 4

Celak mata tidak boleh diabaikan. Pilih celak mata hitam berpena pekat dan lembut kala dileretkan. Alitan celak mata penting untuk menghidupkan bentuk mata dan memberikan efek mata lebih galak.

TIPS 5

Lebihkan gaya dramatik dengan pemakaian bulu mata palsu. Oh, sungguh ia sangat membantu memekarkan lagi bukaan matamu nanti! Jangan lupa, selepas memakai bulu mata palsu, sapukan maskara untuk mendakapkan antara bulu mata asli dan bulu mata palsu itu.

TIPS 6

Akhir sekali,jangan lupa ukirkan keningmu secantik mungkin kerana ia tiang seri wajah. Lukiskan dahulu garis luar bentuk kening. Kemudian penuhkan bahagian tengah kening bermula dari bahagian hujung luar. Sikatkan keseluruhan bentuk kening untuk efek lebih natural menghala ke luar. Hasilnya, kening bertambah cantik.

___

Semoga dengan 6 tips solekan mata menggoda di atas dapat membantu anda memikat hati si dia ketika temu janji.

Sumber: Majalah Intrend
Oleh: Afiza Kamarulzaman

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Dengan Kerjasama

  • kolej komuniti
  • giat mara
  • kementerian sumber manusia
  • Negeri Selangor
  • Jabatan Pembanggunan Kemahiran
  • sme corp malaysia
  • pixy
  • tabung pembangunan kemahiran
  • Asia Pacific Innovation Management
  • Merve Cosmetic
  • IPT/IPTS
  • kolej vokasional

AKADEMI KECANTIKAN ARTISTIK DIYANA
No 12, 1F & 2F,
Jalan Setia Perdana BF, U13/BF,
Setia Alam, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi pihak Akademi Diyana melalui borang dibawah. Pertanyaan anda akan dibalas dalam tempoh 7 hari bekerja.

Kembali Ke Atas